Arghhhhh Ideea ideaaa


Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera
adoiiiyaiiiiiii, kawan-kawannn, aku sudah tiada idea nk tulis apa-apa laaa
banyak sangat cerita yang keluar sekarang
huhuhu, macam mana ni
sob sob sob, sedihnyaaa :((

kenapa dh lama x update blog?


hurmmm sbb jiwa kosong kot
emm nnt la yer ^_^
thanks krn sudi ingatkn n sudi baca ^_^

Ask me anything

Info Mandi Wajib


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera
pada kawan-kawan dan skandel-skandel ku
hehehe
Hari nie aku nk kongsi apa yang aku baca
dan aku rasa sangat-sangat penting
Selamat Membaca ^_^

Mandi Junub
by Azarudin Bocheh on Thursday, August 5, 2010 at 7:36am


Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Balik Kampung~~~ HoHoHo


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera~~~

Huiiiii bersemak-samun! berdebu-debuan aku nya blog nie
HeHeHe, sekejap ya! *sapu sapu, lap lap, kemas kemas
HaHaHa, okes!
hurmmm KHAMIS!(2September2010)
emm apa cerita dengan KHAMIS 2 September 2010 nie yea
HaHaHa, sebenarnya hari tu aku akan pulang ke tanah air ku yang tercinta!
aku akan pulang ke kampung halaman ku, yeaaaa sukanya aku!!!
hurmm sudah hampir 7bulan aku tak balik ke rumah keluarga aku ni
macam-macam plan yang aku fikirkan ni, nak makan makanan malaysia banyak-banyak,
nak main hujan, nak mandi sungai, nak jumpa kawan-kawan, nak jumpa skandel-skandel, 
nak jumpa awek-awek, nak jumpa pengkid-pengkid aku HaHaHa,
tapi yang paling penting, aku nak jumpa dengan ayahda dan bonda ku ^_^
macam-macam la XD
kat sini aku letak la video-video raya dengan ragam kami diperantauwan yer, HeHeHe



eeee~~~ tak sabar rasanya nak balik, HeHeHe,
bagi rakan-rakan yang akan balik ke kampung halaman, pandu la kereta tu dengan cermat dan berhati-hati ya
bagi mereka yang tidak dapat pulang ke kampung halaman, bersabar la! HaHaHa
sampaikan la salam anda pada mereka yang berada di kampung tu ^_^
kalau mereka-mereka yang berkerja pada hari raya pula, jangan la bersedih yer
sebab saya pasti, bukan anda sahaja yang akan berkerja pada hari tersebut
emmm aku pun tak tau dah nak merepek apa dah


                                     Selamat Hari Raya 
            ^_^Maaf Zahir Dan Batin ^_^


Just UpDate Widget-Widget


Assalamualaikum, dan Selamat Sejahtera

hurmm aku tak tau nak tulis apa buat masa sekarang nie,
emm mungkin sebab aku sibuk sejak kebelakangan nie kot,
tambahan pula, aku dapat tahu kereta aku teruk kemalangan, emm mesti korang pelikkan,
yer la, cam maner kereta tu boleh kemalangan kan, sedangkan aku masih berada kat Dubai,
Hurmm di pendekkan cerita, mak aku bawa, selepas tu kemalangan, nasib baik mak aku tak ada apa-apa
mak aku kata "mama ingat saje jer nak jenjalan ngan kate ko tu g pasar" *ingat kereta aku tu standart tuk pasar k? grggggg
"mama bawak slow~~~~ jer, tetibe lak ader motor tu nak masuk simpang tanpa tengok keaadan dulu" tapi memang la salah orang tu, sebab mak aku kat jalan utama lagi besar lak tu
hurmm aku pun tak faham kenapa orang tu main redah jer
bila aku tengok gambar tu pun aku masih tak paham

My CLS
  
kesiannya CLS aku tu~~~ 
aipppp~~ awak tu dah sakit!, jangan nak ngorat-ngorat kereta lain yeakkk
 

LAST sekali nie, motor yg buat HAL!!!!

selepas tu pula, aku sibuk buat lasen kat Dubai ni, nanti senang la aku nak bawa kawan-kawan aku yang datang dari Malaysia jalan-jalan di Dubai ni lak
aku buat lasen nie dah sebulan dah
memang protokol habis la kat Dubai nie, hurmmm nasib baik aku lepas ujian-ujian diaorang nie
dengan sekali test je ^_^, selepas tu pula, sibuk dengan kerja-kerja kat office aku lak
*walhal aku bukan buat kerja-kerja office pun, hahaha, boikot boss punya hal la,
"boss ! jangan salahkan saya yer, salahkan budak-budak inter tu"
wakakakak
hurmm itu jer la yang aku nak post kali ni
p/s*nanti aku ceritakan apa tu My CLS ^_^
w'salam


aku sebenarnya nak bagi tau pasal widget-widget yang aku update...
??? mereng aku nie~~~
dah layak kena balik malaysia untuk bercuti jap ;p
wakakaka

Rahsia Teknologi Manusia Zaman Kuno


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera,,,
hehehe, macam biasa la kan

Ramai dari kita yang mambayangkan, manusia zaman kuno yang hidup ribuan atau jutaan tahun yang lalu adalah manusia zaman batu, tidak berpakaian dan tidak berteknologi. Jangan terperanjat, bahawa penemuan arkeologi oleh ahli-ahli sejarah adalah sebaliknya, iaitu teknologi mereka sanggatlah tinggi dan luar biasa dan boleh dikatakan setaraf dengan teknologi kita sekarang.

Bahkan ada yang menyatakan ianya lagi futuristik berbanding zaman sekarang. Mungkinkah disebabkan oleh faktor tertentu yang masih menjadi misteri, zaman purba yang serba canggih dan futuristik itu akhirnya lenyap sehingga dunia kembali menjadi mundur, tidak bertamadun dan jauh daripada perkembangan teknologi? Sehinggalah kira-kira 200 tahun lalu di mana manusia sudah berteknologi, maka barulah manusia meneroka kembali rahsia-rahsia sains.

Beberapa contoh penemuan ajaib yang boleh dianggap mengejutkan dunia sains hari ini ialah, antaranya pada tahun 1930, ahli arkeologi Austria, Dr Wilhem Konig yang menjalankan kerja mencarigali di daerah Khujut Rabula, dekat Baghdad; menemui suatu objek aneh tertanam di tapak itu. Objek itu terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam sebuah bekas tanah liat seperti tempayan kecil setinggi 14 sentimeter (sm) dan berdiameter lapan sm. Penyelidikan lanjutan mendapati objek aneh itu ternyata berfungsi seperti bateri malah bateri kuno itu dianggarkan berusia 2,000 hingga 5,000 tahun lalu!

Penemuan menggemparkan itu secara tidak langsung mencabar sejarah berikutan bateri dikatakan pertama kali dicipta pada 1800 oleh Count Alessandro Volta. Maka penemuan itu membuktikan bateri cipta lebih awal lagi. Sepatutnya, Count Alessandro Volta tidak boleh diktiraf sebagi orang yang pertama mencipta bateri.
Penemuan itu juga secara tidak langsung menunjukkan masyarakat purba yang wujud 5,000 tahun lalu sudah menemui tenaga elektrik sekali gus 'menafikan' Michael Faraday sebagai individu pertama menemui induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831. Jangan terperangat hasil dari Uji kaji mendapati bateri kuno itu mampu menghasilkan tenaga elektrik antara 1.5 volt hingga dua volt!!!

Di lokasi sama dengan penemuan bateri kuno di Baghdad, Iraq; turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2,200 tahun lalu. Kanta purba sebesar kira-kira dua ibu jari itu dijumpai dengan bahagian kacanya sedikit retak. Sebelum penemuan menggemparkan itu, kanta dikatakan pertama kali dihasilkan di Eropah pada abad ke-16. Bagaimanapun penemuan kanta kuno itu menunjukkan masyarakat purba sudah lama mengetahui kaedah menghasilkan kanta serta mengaplikasikannya dalam kehidupan.

Antara penemuan lain yang dianggap luar biasa ialah, Pada 1901, penyelam di perairan pulau Antikythera, Greece menemui artifak berusia lebih 2,000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. Artifak menyerupai jam itu dikaji penyelidik, Derek J De Solla Price dan didapati ia berfungsi sebagai 'kalkulator' atau mesin pengira yang menghitung pergerakan bintang dan planet.

Tahukah anda, bahawa raktor nuklear juga telah wujud sejak zaman kuno lagi? Pada 1972, sebuah reaktor uranium yang sudah wujud sejak dua juta tahun lalu ditemui di Oklo di Republik Gabon, Afrika. Kajian reka bentuk dan struktur lombong purba itu mendapati ia dapat mengekang radioaktif daripada tersebar malah teknologi reaktor dan kaedah digunakan pada zaman purba itu jauh lebih canggih daripada kaedah reaktor nuklear digunakan pada zaman kini. Maka manusia terpaksa menkaji untuk mendapatkan rahsia sains mereke. Ini bermakan teori ato, yang diasa kan oleh albert Ensatain telah dipraktikkan sejak zaman kuno lagi. Persoalan timbul sama ada manusia pada dua juta tahun lalu sudah menguasai teknologi atom dan menggunakan sumber nuklear sama ada sebagai sumber tenaga untuk kegunaan harian atau peperangan.

Teknolgi jantung tiruan pula, manusia kuno juga adalah orang yang awal mencipta dan menggunakan jantung tiruan. Tahukah anda, di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah piramid Mesir, penyelidik menemui jantung buatan. Sejarah ilmu perubatan pada masa kini memperlihatkan jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluh tahun lalu tetapi penemuan itu memungkinkan jantung buatan sudah dihasil dan dipasang pada 5,000 tahun lalu.

Manakala teknologi robot pula sebenarnya telah dipolopor sejak zaman pemerintahan Kaisar Mu (976 hingga 922 SM) di China, pencipta berbakat, Ma Daifeng menghasilkan aplikasi robotik yang dibina tetapi berasaskan mekanisme mekanikal. Robot yang dibina dapat bernyanyi dan menari seperti manusia, membawa peralatan kepada tuannya selain mempunyai organ tubuh seperti tulang, otot, sendi, kulit dan rambut. Antara ciptaan Ma Daifeng juga adalah alat merekod jarak perjalanan selain aplikasi untuk industri kilang yang mampu bekerja tanpa kawalan manusia.

Dari segi teknologi kenderaan pula, manusia kuno tidak kurang hebatnya dimana ukiran purba ditemui di sebuah kuil Kerajaan Mesir Purba di Abydos, Mesir menunjukkan gambar kenderaan yang wujud pada zaman ini walaupun ukiran itu dianggarkan dihasilkan lebih 3,000 tahun lalu. Jangan terperanjat bahawa gambar berkenaan yang jelas kelihatan adalah helikopter, kapal selam, bot dan pesawat. Pada 1898, di sebuah makam kuno berusia kira-kira 2,200 tahun di Saqquara, Mesir, replika pesawat yang formatnya mirip dengan pesawat terbang moden ditemui!!!

Jadi, apakah yang boleh kita boleh belajar dari penemuan teknologi kuno ini? Antaranya ialah keupayaan manusia zaman kuno, jika dikaji dan diterokai ilmunya memungkinkan manusia boleh mencanggihkan lagi teknologi masa kini. Disamping itu, manusia zaman sekarang terutama Amereka Syarikat dan Eropah, jangan terlalu angkuh kerana berjaya mencipta bermacam-macam terkologi yang berkemungkinan telah diketahui atau digunakan sejak zaman kuno lagi!!! Mungkinkah manusia dulu telah menggunakan komputer? Mungkin juga, kalau tidak bagaimana mungkin mereka boleh mencipta piramid dan membuat lukisan gergasi di gurun Nasca (baca artikal sebelum ini)… Atau adakah teknologi- teknologi tersebuat hasil ciptaan manusia atau UFO?

Walhualamm…

Sumber : http://terjah.freephpnuke.org

Hikayat Si HikayatMalaya: Besok!!!s


Hikayat Si HikayatMalaya: Besok!!!s

Besok!!!s


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera,,,
hah besok!!! emm besok ke esok ye???

Emm tak mengapa la, esok atau hari ini, aku akan postkan cerita tentang misteri sains
dalam post kali ini ada la cerita sedikit tentang teknologi-teknologi yang diaorang jumpa
selepas itu, ada juga teknologi yang kita tak sangka, orang masa dulu boleh buat
emm banyak lagi la
nanti korang baca la ye

Hikayat Si HikayatMalaya: ??? Itik ???


Hikayat Si HikayatMalaya: ??? Itik ???

Hari Ahad


Macam biasa !
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera

hadoiiiii,esok hari ahad, hari bermulanya bekerja pada minggu baru,,,
huhuhu sebenarnya aku sangat-sangat tak ada mood nak bekerja ni
mana taknya, korang mesti ingat pasal budak-budak international tu kan!
hah! sebab itu la aku tak ada mood nak kerja, diaorang ni memang selalu menyakitkan hati je
hahaha, aku malas nak cerita lagi kenapa diaorang ni menyakitkan hati aku

huhuhu, hah! aku sebenarnya baru je balik dari Buj Dubai.
Buj Dubai tu apa?
hah! Buj Dubai tu la tempat-tempat nak beli barang-barang murah
alaaa macam korang pergi Petaling Street la atau korang pergi Central Market dekat
Kuala Lumpur tu, nak beli cenderamata banyak-banyak boleh la cari dekat sini

hehehe, emm aku pergi sana sebenarnya nak cari Motorola Droid X
tapi kat U.A.E lum sampai lagi kot, huhuhuhuh :(
aku rasa sekarang ni aku macam gila gadget la pula, hahaha

point cerita aku hari ni sebenarnya 
AKU SANGAT-SANGAT BOSAN DI DUBAI NI,,,
AKU NAK BALIK MALAYSIA!!! 
AKU NAK LEPAK DENGAN KAWAW-KAWAN AKU,,,
terutama sekali 
ANGAH(FADILAH), KENZO(AMEZ)
kalau boleh nak lepak lelama dengan KEN ^_^