Burj Khalifa *AT THE TOP*


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Okey, kali ni aku nak kongsi dengan korang pasal Burj Khalifa
Pada 09-Julai-2010 hari Sabtu, aku dengan kawan-kawan sekerja aku berjalan-jalan
ke Burj Khalifa, hehehe, memang best ^_^
aku memang kagum sangat dengan diaorang punya lift
lift diaorang memang sangat-sangat laju beb!!!
kalau tak silap aku tak sampai 1minit pun, kitaorang dah sampai kat atas dah
hehehe, lajukan?
okey sekarang nie aku bagi sikit profile tentang Burj Khalifa sikit yer ^_^

Burj Khalifa Profile

"Burj Dubai yang merupakan bangunan tertinggi di dunia yang seakan sukar untuk dipecahkan rekod ketinggiannya telah berjaya dirasmikan oleh pemerintah Dubai, Sheikh Mohammad Rashed al-Maktoum. Menara Dubai yang kini dikenali sebagai Burj Khalifa adalah bersempena  tanda menghormati Presiden Emeriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed al-Nahayan yang  juga adalah pemerintah Abu Dhabi, negara sekutu UAE yang membantu menyuntik AS$10 bilion tahun lalu untuk menyelamatkan syarikat pemaju hartanah gergasi Nakheel, iaitu anak syarikat Dubai World.

Burj Khalifa yang tingginya 828 meter mempunyai 160 tingkat memecah rekod Taipei 101 yang dirasmikan tahun 2004. Taipei 101 tingginya 509 meter mempunyai 101 tingkat dan juga sekali gus meletakkan Menara Berkembar Petronas yang pernah dicatat sebagai bangunan tertinggi di dunia telah jatuh ke tangga ke lima.

Burj Khalifa menelan belanja sebanyak RM67 bilion dan mempunyai lebih 3,000 unit kediaman, 1,200 ruang untuk membeli belah dan sembilan hotel itu sekaligus menjadi pusat membeli belah terbesar di dunia. Burj Khalifa juga adalah bangunan yang paling banyak tingkat, lif yang paling tinggi dan lif yang paling laju dengan kelajuan 64km/j.

Pelbagai pandangan telah diberikan terhadap menara ini. Ada yang menyatakan bahawa ia adalah satu mercu tanda keajaiban seni ketukangan serta teknologi pembikinan manusia dalam pembinaan bangunan. Ada juga yang menyebut bahawa Burj Khalifa telah mengulangi tamadun hebat manusia dalam pembinaan di Asia Barat selepas piramid (Piramid paling tinggi ialah Cheo setinggi 146.6 meter di Giza) yang muncul sebagai binaan tertinggi empat alaf lalu."
petikan dari http://minda-kembara.com/v2008/?p=2112
hehehe, salah satu aku malas nak taip ;p
Okey yang kat bawah ni, slideshow gambar-gambar aku pergi sana
nanti aku akan tambahkan lagi gambar-gambarnya
banyak lagi ni sebenarnya
^_^


2 Response to Burj Khalifa *AT THE TOP*

  1. Farhanna says:

    yat, petronas twin towers pon sgt laju tau lift dia.. :) 10 saat je sampai skybridge, another 10 saat utk sampai tgkt 86... tgkt 88 x penah masuk plak :)

  2. 10 saat baru nak sampai jambatan
    yang ni 10 saat sampai kat atas dah
    tingkat 124 kot

Post a Comment